Powered By Blogger
Showing posts with label ~hasif pokdeng~. Show all posts
Showing posts with label ~hasif pokdeng~. Show all posts

Friday, 25 November 2011

Bidang Perguruan~

Salam....


Guru diibaratkan seperti sebatang lilin....sanggup membakar dirinya demi menerangi kehidupan orang lain....


Itulah yang selalu kita dengar kan? tapi sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan sebatang lilin yang membakar diri? haaa.....kalau nak tahu, kita kena la jadi seorang guru...pada pendapat aku, maksudnya lilin tu guru la kan...membakar dirinya bermaksud berkorban masa,jiwa dan raga demi pelajarnya....dan kenapa pepatah ini menyebut "kehidupan orang lain" bukannya "anak murid di sekolah"? kerana menjadi seorang guru bukanlah bermaksud bertugas di sekolah dan pulang pada waktunya,kemudian tidak lagi menjadi guru..


jadi apa sebenarnya tugas seorang guru ni ye?? pada fikiran aku(yg kononnya suka berfikir ni) tugas seorang guru ialah membentuk peribadi seseorang insan menjadi peribadi yang mulia...untuk membentuk peribadi yang mulia ni, kena bermula daripada diri guru itu sendiri..seorang guru tidak boleh berperangai tak senonoh...kerana apa, pada aku guru itu bayang2 setiap perbuatan muridnya ataupun masyarakat sekelilingnya....kan kita selalu dengar bila orang tanya "kenapa awak buat macam itu,macam ini?" dan jawapannya? "cikgu yang ajar" haaa...nampak tak apa yang aku cuba tuliskan ni?? hehe...


tugas seorang guru ni sangat mencabar...kerana guru ibarat pelukis,jurutera,doktor, dan sebagainya kepada anak didiknya...sebabnya gurulah pelukis peribadi murid,gurulah pembina akhlak dan sahsiah murid dan guru jugalah yang boleh menjadi tempat murid menceritakan masalah..TETAPI...kepada semua bakal guru dan boleh juga kepada yang sudah menjadi guru....mengajar ni sebenarnya menarik...kerana kita berurusan dengan budak2...ye lah..budak kan.. biasanya suci...kalau melawan pun,masih boleh dilentur...dan banyak lagi yang seronok kalau kita melihat profesion keguruan ni dari sudut positif....


contohnya,baru2 ni aku tolong mama aku uruskan hal pelajar murid tahun 6 untuk ke sekolah menengah...hari pertama pergi,macam "awkward" sebab budak2 yang biasanya aku bergaul ialah adik2 aku dan sepupu2 aku...so..aku diam je la...aku perhati la macam mana cikgu2 tu             bergaul kan...seriously...mereka berfikiran macam budak...cara mereka fikir memang unik...mempunyai fikiran seperti budak,tapi berkelakuan seperti orang dewasa,yang mendidik...aku rasa pepatah yang sesuai ialah "put yourself in other's  shoe"(kalau salah sila betulkan ye..hehe)..kita kena berfikiran macam mereka untuk memahami mereka...


hari kedua pula,aku bertugas(wah! aku seorang chekgu!! haha) di pejabat operasi UPSR...nak asingkan pelajar cemerlang ke skolah mana...pelajar biasa ke sekolah mana...memang pening...tapi kan...cikgu2 kat situ tak tertekan pun..(walaupun banyak mengomel..haha)nak tahu macam mana diorang atasi tekanan tu? ahaa! diorang saling bertukar cerita pasal karenah murid2 masing2...ada murid tu champion dalam "bergusti" kat dalam kelas..champion bukan bermaksud selalu menang tapi champion dari segi cari pasal..hahaha....ada yang dikatakan cikgu2 tu murid yg petah berpidato..hakikatnya...murid tu adalah pembuat bising tegar..haha...sentiasa ada cerita di fikirannya...tengoklah...seorang guru sentiasa berfikiran positif...demi tekanan kerjanya...dan demi anak muridnya...


kesimpulannya, profesion keguruan adalah satu tugas yang memang tidak boleh dinafikan memang mencabar....tetapi kena ingat bahawa kalau tiada guru,maka tiadalah doktor,tiadalah jurutera,tiadalah perdana menteri,tiadalah seorang sultan, dan boleh jadi tiadalah seorang guru...maka jadilah seorang guru yang baik...
Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri
sekian..
Jurutera

Doktor
Guru




(^^)v

Monday, 7 November 2011

Satu hari di hari raya~

Salam Aidiladha buat semua saudara seIslamku sama ada di kampung atau di perantauan..


cerita kali ni tentang aktiviti yg aku buat sepanjang hari raya korban ni...hehe..
sebelum tu aku nak beri nasihat kepada yang beraya di perantauan...ingatlah bahawa keluarga kita sentiasa mengingati kita...dengan keadaan anda yang berada di perantauan, cukuplah sekadar membawa memori(at least) ketika menyambut aidiladha di kampung halaman...ini kerana kita ada misi tersendiri..disebabkan ni adalah hari raya korban yang memerlukan kita berkorban, ni adalah salah satu korban yang kita buat untuk diri kita sendiri. (^^,)


okay,kita mulakan cerita yang bukan difikirkan tapi memang terjadi...hehe
malam sebelum pagi raya ataupun malam raya aku dah set minda aku nk bangun awal dan tak tido balik lepas solat subuh...alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T aku dapat bangun lebih awal drpd biasa..(bagus kalau kita ada mind set ni..:) )
lepas tu aku pergi kejut kawan2 aku yg masih terbongkang...dah siap kejut aku gosok baju melayu sepasang(warna hijau) siap dengan sampin...aku buat macam nak raikan aidilfitri...bukan apa, aidilfitri takbir satu hari aje...tapi hari raya korban takbir sampai tiga hari(kalau tak silap..)..nampak sangat ianya lebih dimuliakan berbanding aidilfitri...bukan nak kata aidilfitri tu tak mulia tapi aidiladha ada kisahnya tersendiri hingga membuatkan kita kene melebihkan raya korban...(pasal nabi ibrahim dapat mimpi kene sembelih anaknya nabi ismail...baginda patuh,anaknya pun patuh,tapi Allah telah gantikan korban nabi Ismail dengan seekor Qibasy dari syurga-binatang ala-ala biri2 gitu....) dan kita mengamalkan pengorbanan itu hingga sekarang...peringatan: bukan sembelih anak tapi ibadah korbankan binatang ternakan yang sudah cukup syaratnya..(^^)


dah sudah semua siap2, kami bertolak ke masjid cendol a.k.a masjid biru..tapi ada nama sebenar dia...aku lupa nama...hehee...sebelum masuk ke masjid kami adakan sesi bergambar(kejap je) buat ala-ala beraya di perantauan...(mmg di perantauan pon) tapi mcm kt oversea la konon2...hohoho


da siap solat sunat aidiladha kami pergi sarapan..yang bestnye, tak pernah aku buat dalam hidup aku; sarapan di pagi hari raya di KFC(Kentucky Fried Chicken)....buang tebiat agaknya aku fikir...tapi sebenarnya ramai lagi yang buat..macam da tak pelik da....huhu..sedih la jgk tak dapat makan rendang...


haa....sedih tu tak lama sebab bile dah balik drpd sarapan, senior semester 8,Abdul Hakim Yunus ajak makan rendang ayam,dia dan kawan2 masak sendiri...sedapp....terubat jgk rasa rindu dihati...hehe..


nak cerita pasal rezeki Allah ni, memang luas...kalu Dia nak kurniakan,memang kita manusia pun tak boleh handle...ceritanya, lpas solat Zohor, ada orang ajak pergi openhouse la pulakk...aku sangat gembira ajak kawan2 yg lain tapi ramai da tido balik..(ape punye perangai daa)haha...nasi openhouse tu memang saannggaattt sedap...tuan rumah masak sendiri...hehe...makan free la tengahari tu.....hohoho


dah kenyang, semua duduk bersandar, datang idea nak main badminton(tah sape la yg punye idea)..aku dengan kawan aku mmg da lame tak main, terus ok je..hehe....so petang tu terus book court, main....seronok walaupun bahu dan lengan aku sakit2 sebab dah lama tak main...dah habis main,kami balik ke maktab...


ingat dah boleh berehat dah perut ni..sekali kawan aku yang main badminton(zaki namanya) beritahu pakcik dia yang tinggal di Bandar Baru Uda ajak makan malam dengan diorang...(makan free lagi..(^^)v)
hehe...memang banyak makan free lah hari ni....


at last, bila semua dah selesai, kami balik dengan sekotak mercun...al maklumlah, pakcik kerja kastam, mmg banyak la stoknye...hoho...kitorang main sepanjang perjalanan balik ke maktab...cucuh sana,cucuh sini, haha...lepas tu kami stop kejap kat satu taman permainan,dah tade orang dah time tu....kitorang main macam budak kecik...hehe...aku pun dah lama tak main...sejak aku masuk asrama masa form 1, dah tak main dah....jadinye malam ni memang menggamit memori betul...hehehe(pesanan: mercun merbahaya, kami main mercun yang kurang bahayanya aje..)


kesimpulannya, aidiladha tahun ni memang sangat bermakna buat diri aku...walaupun jauh di perantauan, aku masih dapat rasa kemeriahan suasana raya tu...terima kasih kawan2 dan Alhamdulillah....rezeki aku di hari raya korban melimpah-ruah....makan free banyak...hohoho


-sekian cerita satu hari di hari raya Aidiladha-

Monday, 31 October 2011

Abah, Abang Long dan Ketua Keluarga

Salam...


post kali ni pasal keluarga dan tanggungjawab aku sebagai Abang Long....


heh...sebelum ni aku selalu dengar yang sebagai anak sulong ni tanggungjawabnya besar dan berat..perlu jaga mama,abah, dan adik-beradik...memang aku sedar semua ini...jadi pada fikiran aku dengan bertanya khabar tentang keluarga sudah cukup untuk 'menjaga' mereka...


nak dijadikan ceritanya, 1.10.2011 abah dan maklongyah(makcik aku) telah dikurniakan rezeki ataupun peluang untuk menziarahi tempat yang sangat mulia di sisi agama Islam iaitu Mekah al-Mukarramah untuk menunaikan rukun Islam yang ke-5...mama aku belum berpeluang lagi sebabnya adik aku yang bongsu masih kecil dan memerlukan orang untuk menjaganya...jadi berangkatlah abah dan maklongyah pada awal pagi 1 Oktober dengan menaiki kapal terbang dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Alhamdulillah...Semoga mendapat Haji Mabrur...


haa...maka tinggallah mama di rumah dengan tanggungjawab sebagai abah dan mama...memang susah tapi mama tak pernah merungut..memang aku kagum...terima kasih mama~
yang aku pulak ni, baru2 ni cuti Hari Deepavali...dapat cuti seminggu...ok la~ dapat lupakan sekejap hal2 di maktab tu...maka pulanglah aku ke rumah....


masa mula-mula sampai tu takde rasa apa2 pun....sebab bila balik rumah ni fikir nak rehat je la kan...tapi bila dah masuk hari kedua, aku terasa rumah tu kurang serinya...bukan nak kata mama tak reti menghias rumah tapi rasa ada kekosongan...aku pun mula terfikir, "agaknya sebab abah takde kat rumah, itu yang sepi sikit tu"...mula2 memang rasa 'sepi sikit'...lama2 aku terbayang kalaulah abah dah takde nanti, tanggungjawab seorang ketua keluarga tu akan jatuh kat aku...aku pun mula lah fikir apa yang aku boleh buat...tapi aku sedar, banyak yang perlu dijaga,difikirkan,di ambil berat pasal menjaga sesebuah keluarga ni....


Mampu ke aku jaga keluarga aku sendiri ni nanti? aku sibuk fikir tentang membina sebuah keluarga dengan 'orang baru'....tapi keluarga sendiri macam mana? aku kena tunaikan tanggungjawab aku kepada keluarga kandung sendiri...sebagai Abang Long....banyak..memang banyak yang nak kena fikir...bila aku letakkan diri aku pada diri abah, aku mula rasa yang tak perlulah aku kejar sangat cinta anak dara orang....jaga dulu keluarga sendiri, dan aku perlu banyak 'improvement' dalam diri aku sebagai seorang anak sulung. memang sebagai seorang lelaki yang meningkat umurnya, fitrah manusia itu mencari pasangan hidup, dan buat masa ni aku rasa nak perlahankan rentak tu...tumpukan kepada keluarga...mungkin itu jalan terbaik untuk aku belajar menerima tugas sebagai ketua keluarga, ketua keluarga adik beradik aku, dan insya-Allah, kalau panjang umur dan murah rezeki, dipertemukan jodoh aku, jadi ketua keluarga aku sendiri pulak...
Amin~~

Sunday, 2 October 2011

kem kepimpinan jpp ipg zon selatan

tempat: kem kaizen, pontian, johor

kem kaizen ni bila kali pertama aku dengar memang menakutkan...KAIZEN... bunyi mcm samurai jepun nk bunuh org je....
tapi...sebenarnya tempat ni memang terbaik...kemudahan semuanya lengkap...dan ini kem pertama yang buatkan aku nak pegi lagi...hohoho


berbalik kepada kem kepimpinan ni....kem yang dihadiri oleh jwatankuasa perwakilan pelajar(JPP) dari IPG2 zon selatan...tau ke IPG tu ape? ianya singkatan bagi Institut Pendidikan Guru...kiranya aku ni bakal cikgu la...TESL plak tu...sebenarnya aku pon pelik gk..bile ckp tesl je mesti org akan "FUYYOO...TESLLLL...." padahal kalau belajar ni semua sama je...kalo malas mmg rse susah...dan aku tak tahu bahagian mana yang hebatnye..nak kata boleh speaking...cikgu bahasa melayu pun boleh gk...cuma bahasa je lain..dan aku rase diorang semua patut kata "FUYYOO..".dekat cikgu matematik dan sains....sebab diorang lagi bijak...ni pandangan aku la kan...hehe...
eh3...dah lari tajuk...(=,=) v hihi
kem kepimpinan yang aku pegi ni memang ada kelebihannya...aku dapat jumpa Yang Di-Pertua daripada 3 IPG yang perangainya berbeza-beza....dan aku paling suka YDP dari IPG Raja Melewar, N9...sebabnya dia sangat sempoi dan aku tgk org bwahannya pon ikut dia jgk...sempoi..kalau YDP IPG aku...serius jek..tapi baik...dan dia dah dapat satu gelaran hasil drpd kem ni..."comel tapi maskulin"..hahahahahhaa...padan muka...serius sangat...
dah la...pegi kem itu..kem ini...kelas banyak tinggal...risau3....exam dah dekat...kene slow2 dah aktiviti2 luar ni....


IPG yang terlibat : 
1) IPGKTI [Temenggong Ibrahim]
2)IPGRM [Raja Melewar]
3)IPGTHO [Tun Hussein Onn]
4)IPGPM [Perempuan Melayu]