Powered By Blogger

Tuesday 20 October 2015

Nota untuk dia


Assalamualaikum..nota ini sy dedikasikan khas utk dia.
Sebelum kita diijabkabulkan..ketahuilah beberapa perkara ttg diriku.
Aku bukan seorang yg kuat agama..bukan seorang ustaz..aku biasa biasa saja
Aku bukan seorang jutawan..yg punya harta..aku biasa biasa saja
Aku bukan pelawak..yg mampu selalu buatmu ketawa..aku biasa biasa saja
Aku bukan romeo..yg boleh menyusun kata..aku biasa biasa saja
Tapi..
Aku yakin..dia nanti yg akan melengkapkan segala..
Yang buatkan aku rasa cukup dengan apa yg ada..
Yang buatkan aku rasa rumahlah syurgaku di dunia..
Yang buatkan aku rasa mahu bersama..sehingga ke syurga

Tiada manusia sempurna..namun berdua,kita saling melengkapi..InsyaAllah

Sunday 31 May 2015

overview

assalamualaikum...okey kali ni just utk catatan ak sendiri..

hmm...overview ape ni?haha

nilah dia overview utk proses borang-borang serta dokumen yg perlu ada yang ak perlu selesaikan sebelum dan selepas bernikah.

SEBELUM

1)ambil borang ujian pengesanan HIV di pejabat agama daerah masing-masing:
    - isi, dan pergi buat ujian pengesanan di klinik/hospital kerajaan yang ditetapkan.
    - keputusan ujian hanya sah selama tiga(3) bulan dari tarikh keputusan dikeluarkan.

2)ambil borang permohonan utk kebenaran berkahwin dan borang kebenaran berkahwin:
   - isi dan sertakan keputusan borang ujian pengesanan HIV
   - utk yg nk kahwin sama daerah, terus serahkan borang kedua belah pihak kpd pejabat agama daerah masing-masing.(tempat mastautin)
   - utk yg nk kahwin lain daerah atau negeri, pihak lelaki perlu serahkan kpd pejabat agama tmpat pihak perempuan bermastautin, ambil pengesahan.
  • Adalah sangat baik sekiranya wali dan pasangan terlibat serta saksi dapat hadir sama semasa mengemukakan borang permohonan kahwin tersebut bagi melicin dan memudahkan proses pertimbangan terhadap permohonan kebenaran kahwin tersebut.
  • borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada Pendaftar di daerah masing- masing pada tempoh yang lebih awal atau sekurang- kurangnya tidak lewat satu (1) minggu (7 hari) dari tarikh cadangan dilangsungkan perkahwinan itu.  
3) bawa yang asal dan fotostat 2 salinan:
  • Kad Pengenalan Diri
    • Lelaki
    • Perempuan
    • Wali
    • Dua Saksi (dalam borang)
  • Surat Akuan Mati (Duda/Balu).*
  • Surat Akuan Mati (Wali Akrab).*
  • Surat Akuan Memeluk Islam (Muallaf).*
  • Sijil/Perakuan menghadiri Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI.*
  • Surat perakuan status Teruna atau Dara dari Majikan/Ketua Kampung/Penghulu Mukim/Imam Masjid/Akuan Sumpah.*
  • Surat pengesahan mastautin dari Ketua Kampung/Penghulu Mukim/Imam Masjid/Akuan Sumpah.*
  • Surat perakuan cerai (duda/janda) yang sah yang dikeluarkan di bawah Undang- Undang yang pada masa itu berkuatkuasa atau salinannya yang diperakui (disahkan benar) atau suatu perakuan yang diberikan oleh Hakim Syarie selepas penyiasatan yang wajar mengenai status perkahwinan itu.*
  • Surat perakuan dari Pendaftar bagi mukim atau negeri (polis/tentera) di mana lelaki itu bermastautin jika lelaki tersebut tinggal di mukim atau negeri yang berlainan dengan pihak perempuan.*
  • sijil kursus pra-perkahwinan
4) Lain - lain dokumen :
  • 4 keping gambar berukuran pasport
  •  pastikan nama Jurunikah
  • Sediakan RM5.00 untuk bayaran kebenaran kahwin(borang)

SELEPAS

1) pendaftaran perkahwinan:
- Dalam masa tujuh (7 hari) selepas akad nikah yang diadakan di negeri ini(tempat mastautin pihak perempuan), perkahwinan itu hendaklah didaftarkan di bawah Enakmen.

2)Surat Akuan (Sijil Nikah/Ta'liq)
   - Selepas pendaftaran dan selepas dibayar RM20.00 bagi surat perakuan nikah (termasuk Ta'liq), Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat perakuan berkenaan dalam tempoh yang secepat mungkin.

3) Kad Akuan Nikah
     - Selain Surat Akuan/Sijil Nikah, pasangan yang berkahwin di Terengganu boleh memohon untuk mendapatkan Kad Akuan Nikah yang mudah dibawa ke mana- mana dan dikenakan bayaran RM20.00


sooooo....basically ni sahajalah yang dapat ak ringkaskan dari pembacaan di laman web pejabat agama...banyak juga perlu diselesaikan..memang nak kne buat checklist...hehe

memandangkan post kali ni adalah sebelum ak gi kursus pra-perkahwinan, so tak byk sgt info...maybe lpas da pegi nti byk la skit...so cekidaut..hehe

Friday 22 May 2015

Isi borang

Assalamualaikum dunia..lama x bersua...hehe

alhamdulillah tak lama lagi genap lima tahun ak belajar di maktab...banyak perkara baru yang ak dh belajar sepanjang lima tahun ni....tinggal lagi enam bulan untuk dihabiskan...dan sepanjang lima tahun setengah ni, perkara yang sangat difikirkan oleh majoriti bakal guru ialah borang posting..yup..perkara terbesar bagi seseorang bakal guru di maktab-maktab seluruh malaysia.

borang posting actually dapat mengubah hidup seseorang...basically ubah dari single to married...bujang senang ke kahwin bahagia...dari seorang jadi dua orang...dan ada jugak yang tak kesah posting mana...raaammaaaaiiiii yang taknak posting di sabah dan sarawak..well...ak pn kalo bleh taknak jugak...tapi kalo dah dipostingkan...ikut aje la..tanggungjawab guru mengajar dan mendidik...tak boleh pilih bulu..tak boleh pilih anak murid...so tak kesah pun ak akan dipostingkan ke mana nanti cuma minta-minta dipermudahkan untuk posting di smenanjung..

point ak sbnarnya mende ni jadi dilema sebab ramai yg dh kahwin disebabkan taknak posting jauh2 antara berdua...untuk yang dh disatukan, ak ucapkan barakallahulakuma...semoga bahagia hingga syurga...

skarang ni..yang belom kahwin..nak taknak paling2 pun isi borang posting ni pilihan negeri nk kene sama..ni pendapat ak je...so that possibility utk posting dekat2 lbih besar kot..ak pn x tau..yelah kita usaha aje...slebihnya Allah yg tentukan...

so..yang dh ad pilihan pasangan dan belom berkahwin sbelom isi borang posting kne buat prsediaan fizikal dan mental...kalo fizikalnye of course duit la kot..yg lagi satu tu...mental...kne kuat..sbb lpas ni dh posting skolah lain2...yg blom kahwin mybe ok lagi...tp kalo dh posting bru kahwin..nak kne prepare mental kne kuat...berjauhan dgn pasangan...dan maybe utk beberapa tahun sbb bkn snang nk minta tukar skolah kalo baru dipostingkan..jadi...bile brkahwin slepas posting ni kne bertahan beberapa tahun la utk brjauhan...

ak harap kalo dh jodoh kita berdua, kita dapat brtahan dan kuat dan saling support utk bbrapa tahun awal tempoh kte mengajar nanti..insyaAllah..

sekian..

p/s: skarang ni bukan fikir borang posting aje...borang eg-tukar pun dh start fikir..haha