Powered By Blogger

Sunday 31 May 2015

overview

assalamualaikum...okey kali ni just utk catatan ak sendiri..

hmm...overview ape ni?haha

nilah dia overview utk proses borang-borang serta dokumen yg perlu ada yang ak perlu selesaikan sebelum dan selepas bernikah.

SEBELUM

1)ambil borang ujian pengesanan HIV di pejabat agama daerah masing-masing:
    - isi, dan pergi buat ujian pengesanan di klinik/hospital kerajaan yang ditetapkan.
    - keputusan ujian hanya sah selama tiga(3) bulan dari tarikh keputusan dikeluarkan.

2)ambil borang permohonan utk kebenaran berkahwin dan borang kebenaran berkahwin:
   - isi dan sertakan keputusan borang ujian pengesanan HIV
   - utk yg nk kahwin sama daerah, terus serahkan borang kedua belah pihak kpd pejabat agama daerah masing-masing.(tempat mastautin)
   - utk yg nk kahwin lain daerah atau negeri, pihak lelaki perlu serahkan kpd pejabat agama tmpat pihak perempuan bermastautin, ambil pengesahan.
  • Adalah sangat baik sekiranya wali dan pasangan terlibat serta saksi dapat hadir sama semasa mengemukakan borang permohonan kahwin tersebut bagi melicin dan memudahkan proses pertimbangan terhadap permohonan kebenaran kahwin tersebut.
  • borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada Pendaftar di daerah masing- masing pada tempoh yang lebih awal atau sekurang- kurangnya tidak lewat satu (1) minggu (7 hari) dari tarikh cadangan dilangsungkan perkahwinan itu.  
3) bawa yang asal dan fotostat 2 salinan:
  • Kad Pengenalan Diri
    • Lelaki
    • Perempuan
    • Wali
    • Dua Saksi (dalam borang)
  • Surat Akuan Mati (Duda/Balu).*
  • Surat Akuan Mati (Wali Akrab).*
  • Surat Akuan Memeluk Islam (Muallaf).*
  • Sijil/Perakuan menghadiri Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI.*
  • Surat perakuan status Teruna atau Dara dari Majikan/Ketua Kampung/Penghulu Mukim/Imam Masjid/Akuan Sumpah.*
  • Surat pengesahan mastautin dari Ketua Kampung/Penghulu Mukim/Imam Masjid/Akuan Sumpah.*
  • Surat perakuan cerai (duda/janda) yang sah yang dikeluarkan di bawah Undang- Undang yang pada masa itu berkuatkuasa atau salinannya yang diperakui (disahkan benar) atau suatu perakuan yang diberikan oleh Hakim Syarie selepas penyiasatan yang wajar mengenai status perkahwinan itu.*
  • Surat perakuan dari Pendaftar bagi mukim atau negeri (polis/tentera) di mana lelaki itu bermastautin jika lelaki tersebut tinggal di mukim atau negeri yang berlainan dengan pihak perempuan.*
  • sijil kursus pra-perkahwinan
4) Lain - lain dokumen :
  • 4 keping gambar berukuran pasport
  •  pastikan nama Jurunikah
  • Sediakan RM5.00 untuk bayaran kebenaran kahwin(borang)

SELEPAS

1) pendaftaran perkahwinan:
- Dalam masa tujuh (7 hari) selepas akad nikah yang diadakan di negeri ini(tempat mastautin pihak perempuan), perkahwinan itu hendaklah didaftarkan di bawah Enakmen.

2)Surat Akuan (Sijil Nikah/Ta'liq)
   - Selepas pendaftaran dan selepas dibayar RM20.00 bagi surat perakuan nikah (termasuk Ta'liq), Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat perakuan berkenaan dalam tempoh yang secepat mungkin.

3) Kad Akuan Nikah
     - Selain Surat Akuan/Sijil Nikah, pasangan yang berkahwin di Terengganu boleh memohon untuk mendapatkan Kad Akuan Nikah yang mudah dibawa ke mana- mana dan dikenakan bayaran RM20.00


sooooo....basically ni sahajalah yang dapat ak ringkaskan dari pembacaan di laman web pejabat agama...banyak juga perlu diselesaikan..memang nak kne buat checklist...hehe

memandangkan post kali ni adalah sebelum ak gi kursus pra-perkahwinan, so tak byk sgt info...maybe lpas da pegi nti byk la skit...so cekidaut..hehe

No comments:

Post a Comment