Powered By Blogger

Wednesday 25 April 2012

sementara menunggu printer habis bekerja~

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua!

post kali ni memang dibuat masa tengah tunggu printer saye siapkan kerjanya...harap2 tak buat hal...selalu jugak buat hal..lagi2 time....ok dia da buat hal......................tunggu kejap yee~

.................................................................................................................ink habis...............................nak refill.................................kejapp.................................dy tanak detect pulakkkk.....................................krik krik krik krik~~~~

ok sementara tengah tunggu dy repair himself..........wah! terkejut aku! printer da start buat kerja dy balik...haiyyaaa~~ apa punya printer ni~ nasib baik free punya printer...takleh nak marah2....hohoho..

ok kerja  dy da siap...saye pun dah mengantuk....goodnight all~

haha...saje je nak mengisi ruang ni...da lame tak di update kan...

ok...tata...titi...tutu...toto...toto sangat lembut untuk buat tido~ eh2....dah2...nak tido la~ goodnight lagi skali~

*tidak akan guna perkataan bye2.*

Thursday 12 April 2012

"Aku menyintaimu kerna AGAMA yang ada padamu. Jika kau hilangkan agama dalam dirimu,hilanglah cintaku padamu." [ImamNawawi]

assalamualaikum...dah lama saye tak menulis di sini...bukannya dah lama tak berfikir tapi ade faktor2 penyakit 'M' melanda sejak kebelakangan ni...


tengok pada tajuk tu...nak kasi terang sikit la part 'jika kau hilangkan agama dalam dirimu, maka hilanglah cintaku padamu'...ayat-ayat kat bawah ni bukannya ayat saye tapi copy paste drpd naqib group usrah saye...silakan baca ye~

PENCERAHAN MENGENAI SEPOTONG AYAT DARI IMAM AN NAWAWI
'jika kau hilangkan agama dlm dirimu,hilanglah cintaku padamu'
"Aku menyintaimu kerna AGAMA yang ada padamu. Jika kau hilangkan agama dalam dirimu,hilanglah cintaku padamu." [ImamNawawi]

Pertama sekali perlu di fahami makna 'Cinta' ..iaitu perlu lah kepada ALLAH dahulu…seperti dalam Surah At-Taubah , ALLAH berfirman:

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). [Surah At-Taubah: 24]

Seterusnya, bagaimana mencintai ALLAH? Dengan BERAGAMA..apa maksud beragama? Mengikuti segala perintahNya, meninggalkan segala larangan NYA..dan MERASAKAN ALLAH adalah segala-galanya dalam kehidupan kita…kerana :

"Alam ini wujud atas nama cinta..Cinta dari-NYA, Kepada-NYA, Dengan-NYA, Untuk-NYA, dan Kerana-NYA."

Kedua, Cinta kepada Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam seperti di dalam hadis :

Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:

لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من ولده ووالده والناس أجمعين

Maksudnya:

Tidak beriman seseorang itu (dengan iman yang sempurna) sehinggalah aku menjadi paling dicintai olehnya lebih daripada anaknya sendiri, ayahnya dan daripada seluruh manusia”.

[Hadith riwayat Imam Al-Bukhari (no: 14) dan Imam Muslim]


Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda lagi:

فوالذي نفسي بيده لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من والده وولده

Maksudnya:

Demi Dia yang mana jiwaku dalam kekuasaanNya. Tidak beriman seseorang itu (dengan iman yang sempurna) sehinggalah aku menjadi paling dia cintai berbanding ayah dan anaknya sendiri” [hadith riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam An-Nasa’ie dengan lafaz ini (no: 4929)

Ketiga, barulah mencintai ‘mu’ yang lain2 dlm kehidupan kita di sunia ini…yang juga perlu hanya kerana ALLAH juga…’mu’ di sini ialah, termasuk manusia, pekerjaan, harta benda, anak pinak, n etc..

Contoh pada karier, tidak salah mencintai karier dan pekerjaan kita atau apa sahaja yang sedang kita lakukan, asal saja ia boleh membawa kita untuk kekal beribadah dan segar bugar keimanan, atas dasar perjuangan dalam agama itu sendiri memang memerlukan sumber pendapatan yang kukuh, ilmu dan kepakaran yang jitu, untuk memicu agama kembali kepada keagungannya.

Dalam Surah Al-Munafiqun , ALLAH berfirman :

Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barang siapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi.(Surah al-Munafiqun [63];9)

Demikian jika agama itu hilang daripada konteks pekerjaan , hingga saja menyebabkan IBADAH kita TERHALANG, SEMANGAT DAKWAH kita PADAM, keISTIQAMAHAN kita TERBELENGGU, maka ucapkanlah “selamat tinggal” duhai pekerjaan, lantaran harta mahu pun keluarga tak akan pernah memadamkan DASAR PEMBINA MAHLIGAI CINTA ..yakni, AGAMA iaitu kerana cinta kepada ALLAH…

Maka, maksud "Jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu, hilanglah CINTAku padamu.." ialah apa sahaja yg melalaikan kita kepada ALLAH, apa sahaja yang mendatangkan Murka NYA ..

Kalau dari konteks hubungan suami isteri, maksud 'agama yang ada pada dirimu' bukanlah terletak pada pasangan kita itu tetapi kerana IKATAN PERNIKAHAN ITU SENDIRI adalah AGAMA..kerana pernikahan juga adalah satu IBADAH..kerana ia merupakan ikatan suci yang di Sukai dan di Redhai ALLAH..lantaran , penceraian itu sendiri adalah satu-satunya perkara halal yang dibenci ALLAH..maka, selagi pernikahan itu masih berlandaskan Islam ( tidak menyekutukan ALLAH, tidak menyalahi Syariat agama), masih berada di jalan yang benar di sisi agama (ALLAH) ...walaupun apa saja dugaan yg melanda, walaupun hilang cinta di hati pasangan kita, walaupun pelbagai dugaan yang melanda, walaupun pasangan kita kelihatan ' tidak cukup agama' ( dari konteks mata kita )..maka, kita TIDAKLAH harus "hilanglah CINTAku padamu..” kerana agama yg sebenarnya ialah pd ikatan pernikahan itu sndiri…atau maksud yang lebih mudah, ikatan pernikahan itu adalah bukti cinta kita kepada ALLAH..JIKA kerana ALLAH...IBADAH kerana ALLAH..kerana TAKUT dibenci ALLAH (jika memutuskan ikatan pernikahan) ...dan sudah PASTI PERLU kerana ALLAH...jika tidak , perlulah diperbetulkan mulai sekarang( untuk yang sudah bernikah) dan perlu disematkan ke dalam hati apabila bernikah nanti ( untuk yang belum bernikah)...

maka, jika tidak ketemui 'agama' itu dalam konteks pernikahan (cinta sesama manusia) , maka MOHON lah kepada ALLAH..mohon ALLAH Redha 'agama' itu...hanya kerana ingin mendapat REDHA nya..InsyaALLAH...jika ALLAH redha, ALLAH sendiri akan me'nyemai'kan rasa cinta kita kepada pernikahan itu...walaupun mungkin kita sndiri di duga pudarnya cinta kita kpd pasangan, atau hilagnya cinta kita kpd pasanagan..tp jika cinta kita kepada 'AGAMA' itu masih ada, iaitu kerana ALLAH,..InsyaALLAH... ALLAH sendiri akan me'nyemai'kan rasa cinta , rasa kasih, rasa ketenangan kepada pernikahan itu..dengan Rahmat NYA dan Izin NYA..

kesimpulannya...hilang agama disini bukanlah bermaksud murtad terus...tapi tidak melaksanakan perkara basic dalam ajaran agama Islam....kene faham betul2...takut nanti affect dkat aqidah kita...terima kasih kepada saudara Ishak Ridhwan a.k.a abe sohok kerana sudi memberi penjelasan kepada saya....jazakallahu khairan kathira...(^^)b