Powered By Blogger

Monday 31 October 2011

Abah, Abang Long dan Ketua Keluarga

Salam...


post kali ni pasal keluarga dan tanggungjawab aku sebagai Abang Long....


heh...sebelum ni aku selalu dengar yang sebagai anak sulong ni tanggungjawabnya besar dan berat..perlu jaga mama,abah, dan adik-beradik...memang aku sedar semua ini...jadi pada fikiran aku dengan bertanya khabar tentang keluarga sudah cukup untuk 'menjaga' mereka...


nak dijadikan ceritanya, 1.10.2011 abah dan maklongyah(makcik aku) telah dikurniakan rezeki ataupun peluang untuk menziarahi tempat yang sangat mulia di sisi agama Islam iaitu Mekah al-Mukarramah untuk menunaikan rukun Islam yang ke-5...mama aku belum berpeluang lagi sebabnya adik aku yang bongsu masih kecil dan memerlukan orang untuk menjaganya...jadi berangkatlah abah dan maklongyah pada awal pagi 1 Oktober dengan menaiki kapal terbang dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Alhamdulillah...Semoga mendapat Haji Mabrur...


haa...maka tinggallah mama di rumah dengan tanggungjawab sebagai abah dan mama...memang susah tapi mama tak pernah merungut..memang aku kagum...terima kasih mama~
yang aku pulak ni, baru2 ni cuti Hari Deepavali...dapat cuti seminggu...ok la~ dapat lupakan sekejap hal2 di maktab tu...maka pulanglah aku ke rumah....


masa mula-mula sampai tu takde rasa apa2 pun....sebab bila balik rumah ni fikir nak rehat je la kan...tapi bila dah masuk hari kedua, aku terasa rumah tu kurang serinya...bukan nak kata mama tak reti menghias rumah tapi rasa ada kekosongan...aku pun mula terfikir, "agaknya sebab abah takde kat rumah, itu yang sepi sikit tu"...mula2 memang rasa 'sepi sikit'...lama2 aku terbayang kalaulah abah dah takde nanti, tanggungjawab seorang ketua keluarga tu akan jatuh kat aku...aku pun mula lah fikir apa yang aku boleh buat...tapi aku sedar, banyak yang perlu dijaga,difikirkan,di ambil berat pasal menjaga sesebuah keluarga ni....


Mampu ke aku jaga keluarga aku sendiri ni nanti? aku sibuk fikir tentang membina sebuah keluarga dengan 'orang baru'....tapi keluarga sendiri macam mana? aku kena tunaikan tanggungjawab aku kepada keluarga kandung sendiri...sebagai Abang Long....banyak..memang banyak yang nak kena fikir...bila aku letakkan diri aku pada diri abah, aku mula rasa yang tak perlulah aku kejar sangat cinta anak dara orang....jaga dulu keluarga sendiri, dan aku perlu banyak 'improvement' dalam diri aku sebagai seorang anak sulung. memang sebagai seorang lelaki yang meningkat umurnya, fitrah manusia itu mencari pasangan hidup, dan buat masa ni aku rasa nak perlahankan rentak tu...tumpukan kepada keluarga...mungkin itu jalan terbaik untuk aku belajar menerima tugas sebagai ketua keluarga, ketua keluarga adik beradik aku, dan insya-Allah, kalau panjang umur dan murah rezeki, dipertemukan jodoh aku, jadi ketua keluarga aku sendiri pulak...
Amin~~

Tuesday 18 October 2011

Desaru~

 ~~~Percutian semasa belum cuti~~~


Pada tanggal 18 oktober 2011 kelas aku 3 PPISMP TESL 2 telah mencipta satu kenangan yang sangat manis di pantai Desaru, Johor.
Inilah tempatnya!! \(^^)/
aku boleh kata budak2 kelas aku sumer simple minded...sebabnye?? baru semalam tengahari datang idea...bincang kejap..esok pagi terus jalan...haha...first time aku ada classmate macam ni...lagipun memang untung la..sebab budak kelas aku ada 5 orang yang ada kereta...kira 5 kereta la..Viva, Iswara Aeroback, kancil, & Gen-2...perghh..memang style....jalan kat area tu plak straight je no belok2....time tade kereta lain...kitorang je yang 'kuasai' jalan...dah macam rombongan meminang je aku tengok..haha

ada something yang aku kagum ngan johor ni...tak sangka dalam perjalanan tu ada sebuah jambatan yang agak besar dan panjang...aku pelik sebab jambatan ni tak berapa famous...aku tengok boleh tahan gak tersergam indah...rasanya tak famous sebab tak ramai orang lalu situ kot...lengang je...
Jambatan Tanjung Balau

masa dah sampai kt pantai, kitorang tak tunggu ape dah..terus tuka baju terjun dalam laut...bersih air dia..cuma ada sampah sikit....macam2 kitorang buat...yang bestnye, buat "bucket seat" tepi laut...hahaha
korek pasir pastu bentuk ala-ala bucket seat Recaro gitu...

tengah syok2 duduk dalam "bucket seat" tu...kawan aku yang tengah mandi tibe2 jerit...terkejut beruk aku tengok2 ada beruk tengah curi makanan kitorang...haha...nasib baik tak ambil barang-barang penting...ambil makanan jek...

dah puas mandi laut...kitorang bergambar la pulak...macam2 pose & background kitorang ambil...tapinye gambar tade kat aku...aku tade kamera DLSR canggih2...sume gambar ada kat kawan aku..nanti aku nk tuntut...haha

kesimpulannya, memang seronok & puas hati la dapat pergi pantai ramai2...lagi2 aku yang dah penat lesu mental & fizikal aku diseksa program2 IPG aku...dapat merehatkan minda macam ni sekali sekala adalah satu nikmat...

sekian cerita dari Pantai Desaru, Johor.

Sunday 2 October 2011

kem kepimpinan jpp ipg zon selatan

tempat: kem kaizen, pontian, johor

kem kaizen ni bila kali pertama aku dengar memang menakutkan...KAIZEN... bunyi mcm samurai jepun nk bunuh org je....
tapi...sebenarnya tempat ni memang terbaik...kemudahan semuanya lengkap...dan ini kem pertama yang buatkan aku nak pegi lagi...hohoho


berbalik kepada kem kepimpinan ni....kem yang dihadiri oleh jwatankuasa perwakilan pelajar(JPP) dari IPG2 zon selatan...tau ke IPG tu ape? ianya singkatan bagi Institut Pendidikan Guru...kiranya aku ni bakal cikgu la...TESL plak tu...sebenarnya aku pon pelik gk..bile ckp tesl je mesti org akan "FUYYOO...TESLLLL...." padahal kalau belajar ni semua sama je...kalo malas mmg rse susah...dan aku tak tahu bahagian mana yang hebatnye..nak kata boleh speaking...cikgu bahasa melayu pun boleh gk...cuma bahasa je lain..dan aku rase diorang semua patut kata "FUYYOO..".dekat cikgu matematik dan sains....sebab diorang lagi bijak...ni pandangan aku la kan...hehe...
eh3...dah lari tajuk...(=,=) v hihi
kem kepimpinan yang aku pegi ni memang ada kelebihannya...aku dapat jumpa Yang Di-Pertua daripada 3 IPG yang perangainya berbeza-beza....dan aku paling suka YDP dari IPG Raja Melewar, N9...sebabnya dia sangat sempoi dan aku tgk org bwahannya pon ikut dia jgk...sempoi..kalau YDP IPG aku...serius jek..tapi baik...dan dia dah dapat satu gelaran hasil drpd kem ni..."comel tapi maskulin"..hahahahahhaa...padan muka...serius sangat...
dah la...pegi kem itu..kem ini...kelas banyak tinggal...risau3....exam dah dekat...kene slow2 dah aktiviti2 luar ni....


IPG yang terlibat : 
1) IPGKTI [Temenggong Ibrahim]
2)IPGRM [Raja Melewar]
3)IPGTHO [Tun Hussein Onn]
4)IPGPM [Perempuan Melayu]