Powered By Blogger

Monday 31 October 2011

Abah, Abang Long dan Ketua Keluarga

Salam...


post kali ni pasal keluarga dan tanggungjawab aku sebagai Abang Long....


heh...sebelum ni aku selalu dengar yang sebagai anak sulong ni tanggungjawabnya besar dan berat..perlu jaga mama,abah, dan adik-beradik...memang aku sedar semua ini...jadi pada fikiran aku dengan bertanya khabar tentang keluarga sudah cukup untuk 'menjaga' mereka...


nak dijadikan ceritanya, 1.10.2011 abah dan maklongyah(makcik aku) telah dikurniakan rezeki ataupun peluang untuk menziarahi tempat yang sangat mulia di sisi agama Islam iaitu Mekah al-Mukarramah untuk menunaikan rukun Islam yang ke-5...mama aku belum berpeluang lagi sebabnya adik aku yang bongsu masih kecil dan memerlukan orang untuk menjaganya...jadi berangkatlah abah dan maklongyah pada awal pagi 1 Oktober dengan menaiki kapal terbang dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Alhamdulillah...Semoga mendapat Haji Mabrur...


haa...maka tinggallah mama di rumah dengan tanggungjawab sebagai abah dan mama...memang susah tapi mama tak pernah merungut..memang aku kagum...terima kasih mama~
yang aku pulak ni, baru2 ni cuti Hari Deepavali...dapat cuti seminggu...ok la~ dapat lupakan sekejap hal2 di maktab tu...maka pulanglah aku ke rumah....


masa mula-mula sampai tu takde rasa apa2 pun....sebab bila balik rumah ni fikir nak rehat je la kan...tapi bila dah masuk hari kedua, aku terasa rumah tu kurang serinya...bukan nak kata mama tak reti menghias rumah tapi rasa ada kekosongan...aku pun mula terfikir, "agaknya sebab abah takde kat rumah, itu yang sepi sikit tu"...mula2 memang rasa 'sepi sikit'...lama2 aku terbayang kalaulah abah dah takde nanti, tanggungjawab seorang ketua keluarga tu akan jatuh kat aku...aku pun mula lah fikir apa yang aku boleh buat...tapi aku sedar, banyak yang perlu dijaga,difikirkan,di ambil berat pasal menjaga sesebuah keluarga ni....


Mampu ke aku jaga keluarga aku sendiri ni nanti? aku sibuk fikir tentang membina sebuah keluarga dengan 'orang baru'....tapi keluarga sendiri macam mana? aku kena tunaikan tanggungjawab aku kepada keluarga kandung sendiri...sebagai Abang Long....banyak..memang banyak yang nak kena fikir...bila aku letakkan diri aku pada diri abah, aku mula rasa yang tak perlulah aku kejar sangat cinta anak dara orang....jaga dulu keluarga sendiri, dan aku perlu banyak 'improvement' dalam diri aku sebagai seorang anak sulung. memang sebagai seorang lelaki yang meningkat umurnya, fitrah manusia itu mencari pasangan hidup, dan buat masa ni aku rasa nak perlahankan rentak tu...tumpukan kepada keluarga...mungkin itu jalan terbaik untuk aku belajar menerima tugas sebagai ketua keluarga, ketua keluarga adik beradik aku, dan insya-Allah, kalau panjang umur dan murah rezeki, dipertemukan jodoh aku, jadi ketua keluarga aku sendiri pulak...
Amin~~

No comments:

Post a Comment