Powered By Blogger

Friday 25 November 2011

Bidang Perguruan~

Salam....


Guru diibaratkan seperti sebatang lilin....sanggup membakar dirinya demi menerangi kehidupan orang lain....


Itulah yang selalu kita dengar kan? tapi sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan sebatang lilin yang membakar diri? haaa.....kalau nak tahu, kita kena la jadi seorang guru...pada pendapat aku, maksudnya lilin tu guru la kan...membakar dirinya bermaksud berkorban masa,jiwa dan raga demi pelajarnya....dan kenapa pepatah ini menyebut "kehidupan orang lain" bukannya "anak murid di sekolah"? kerana menjadi seorang guru bukanlah bermaksud bertugas di sekolah dan pulang pada waktunya,kemudian tidak lagi menjadi guru..


jadi apa sebenarnya tugas seorang guru ni ye?? pada fikiran aku(yg kononnya suka berfikir ni) tugas seorang guru ialah membentuk peribadi seseorang insan menjadi peribadi yang mulia...untuk membentuk peribadi yang mulia ni, kena bermula daripada diri guru itu sendiri..seorang guru tidak boleh berperangai tak senonoh...kerana apa, pada aku guru itu bayang2 setiap perbuatan muridnya ataupun masyarakat sekelilingnya....kan kita selalu dengar bila orang tanya "kenapa awak buat macam itu,macam ini?" dan jawapannya? "cikgu yang ajar" haaa...nampak tak apa yang aku cuba tuliskan ni?? hehe...


tugas seorang guru ni sangat mencabar...kerana guru ibarat pelukis,jurutera,doktor, dan sebagainya kepada anak didiknya...sebabnya gurulah pelukis peribadi murid,gurulah pembina akhlak dan sahsiah murid dan guru jugalah yang boleh menjadi tempat murid menceritakan masalah..TETAPI...kepada semua bakal guru dan boleh juga kepada yang sudah menjadi guru....mengajar ni sebenarnya menarik...kerana kita berurusan dengan budak2...ye lah..budak kan.. biasanya suci...kalau melawan pun,masih boleh dilentur...dan banyak lagi yang seronok kalau kita melihat profesion keguruan ni dari sudut positif....


contohnya,baru2 ni aku tolong mama aku uruskan hal pelajar murid tahun 6 untuk ke sekolah menengah...hari pertama pergi,macam "awkward" sebab budak2 yang biasanya aku bergaul ialah adik2 aku dan sepupu2 aku...so..aku diam je la...aku perhati la macam mana cikgu2 tu             bergaul kan...seriously...mereka berfikiran macam budak...cara mereka fikir memang unik...mempunyai fikiran seperti budak,tapi berkelakuan seperti orang dewasa,yang mendidik...aku rasa pepatah yang sesuai ialah "put yourself in other's  shoe"(kalau salah sila betulkan ye..hehe)..kita kena berfikiran macam mereka untuk memahami mereka...


hari kedua pula,aku bertugas(wah! aku seorang chekgu!! haha) di pejabat operasi UPSR...nak asingkan pelajar cemerlang ke skolah mana...pelajar biasa ke sekolah mana...memang pening...tapi kan...cikgu2 kat situ tak tertekan pun..(walaupun banyak mengomel..haha)nak tahu macam mana diorang atasi tekanan tu? ahaa! diorang saling bertukar cerita pasal karenah murid2 masing2...ada murid tu champion dalam "bergusti" kat dalam kelas..champion bukan bermaksud selalu menang tapi champion dari segi cari pasal..hahaha....ada yang dikatakan cikgu2 tu murid yg petah berpidato..hakikatnya...murid tu adalah pembuat bising tegar..haha...sentiasa ada cerita di fikirannya...tengoklah...seorang guru sentiasa berfikiran positif...demi tekanan kerjanya...dan demi anak muridnya...


kesimpulannya, profesion keguruan adalah satu tugas yang memang tidak boleh dinafikan memang mencabar....tetapi kena ingat bahawa kalau tiada guru,maka tiadalah doktor,tiadalah jurutera,tiadalah perdana menteri,tiadalah seorang sultan, dan boleh jadi tiadalah seorang guru...maka jadilah seorang guru yang baik...
Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri
sekian..
Jurutera

Doktor
Guru




(^^)v

1 comment: