Powered By Blogger

Sunday, 31 May 2015

overview

assalamualaikum...okey kali ni just utk catatan ak sendiri..

hmm...overview ape ni?haha

nilah dia overview utk proses borang-borang serta dokumen yg perlu ada yang ak perlu selesaikan sebelum dan selepas bernikah.

SEBELUM

1)ambil borang ujian pengesanan HIV di pejabat agama daerah masing-masing:
    - isi, dan pergi buat ujian pengesanan di klinik/hospital kerajaan yang ditetapkan.
    - keputusan ujian hanya sah selama tiga(3) bulan dari tarikh keputusan dikeluarkan.

2)ambil borang permohonan utk kebenaran berkahwin dan borang kebenaran berkahwin:
   - isi dan sertakan keputusan borang ujian pengesanan HIV
   - utk yg nk kahwin sama daerah, terus serahkan borang kedua belah pihak kpd pejabat agama daerah masing-masing.(tempat mastautin)
   - utk yg nk kahwin lain daerah atau negeri, pihak lelaki perlu serahkan kpd pejabat agama tmpat pihak perempuan bermastautin, ambil pengesahan.
  • Adalah sangat baik sekiranya wali dan pasangan terlibat serta saksi dapat hadir sama semasa mengemukakan borang permohonan kahwin tersebut bagi melicin dan memudahkan proses pertimbangan terhadap permohonan kebenaran kahwin tersebut.
  • borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada Pendaftar di daerah masing- masing pada tempoh yang lebih awal atau sekurang- kurangnya tidak lewat satu (1) minggu (7 hari) dari tarikh cadangan dilangsungkan perkahwinan itu.  
3) bawa yang asal dan fotostat 2 salinan:
  • Kad Pengenalan Diri
    • Lelaki
    • Perempuan
    • Wali
    • Dua Saksi (dalam borang)
  • Surat Akuan Mati (Duda/Balu).*
  • Surat Akuan Mati (Wali Akrab).*
  • Surat Akuan Memeluk Islam (Muallaf).*
  • Sijil/Perakuan menghadiri Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI.*
  • Surat perakuan status Teruna atau Dara dari Majikan/Ketua Kampung/Penghulu Mukim/Imam Masjid/Akuan Sumpah.*
  • Surat pengesahan mastautin dari Ketua Kampung/Penghulu Mukim/Imam Masjid/Akuan Sumpah.*
  • Surat perakuan cerai (duda/janda) yang sah yang dikeluarkan di bawah Undang- Undang yang pada masa itu berkuatkuasa atau salinannya yang diperakui (disahkan benar) atau suatu perakuan yang diberikan oleh Hakim Syarie selepas penyiasatan yang wajar mengenai status perkahwinan itu.*
  • Surat perakuan dari Pendaftar bagi mukim atau negeri (polis/tentera) di mana lelaki itu bermastautin jika lelaki tersebut tinggal di mukim atau negeri yang berlainan dengan pihak perempuan.*
  • sijil kursus pra-perkahwinan
4) Lain - lain dokumen :
  • 4 keping gambar berukuran pasport
  •  pastikan nama Jurunikah
  • Sediakan RM5.00 untuk bayaran kebenaran kahwin(borang)

SELEPAS

1) pendaftaran perkahwinan:
- Dalam masa tujuh (7 hari) selepas akad nikah yang diadakan di negeri ini(tempat mastautin pihak perempuan), perkahwinan itu hendaklah didaftarkan di bawah Enakmen.

2)Surat Akuan (Sijil Nikah/Ta'liq)
   - Selepas pendaftaran dan selepas dibayar RM20.00 bagi surat perakuan nikah (termasuk Ta'liq), Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat perakuan berkenaan dalam tempoh yang secepat mungkin.

3) Kad Akuan Nikah
     - Selain Surat Akuan/Sijil Nikah, pasangan yang berkahwin di Terengganu boleh memohon untuk mendapatkan Kad Akuan Nikah yang mudah dibawa ke mana- mana dan dikenakan bayaran RM20.00


sooooo....basically ni sahajalah yang dapat ak ringkaskan dari pembacaan di laman web pejabat agama...banyak juga perlu diselesaikan..memang nak kne buat checklist...hehe

memandangkan post kali ni adalah sebelum ak gi kursus pra-perkahwinan, so tak byk sgt info...maybe lpas da pegi nti byk la skit...so cekidaut..hehe

Friday, 22 May 2015

Isi borang

Assalamualaikum dunia..lama x bersua...hehe

alhamdulillah tak lama lagi genap lima tahun ak belajar di maktab...banyak perkara baru yang ak dh belajar sepanjang lima tahun ni....tinggal lagi enam bulan untuk dihabiskan...dan sepanjang lima tahun setengah ni, perkara yang sangat difikirkan oleh majoriti bakal guru ialah borang posting..yup..perkara terbesar bagi seseorang bakal guru di maktab-maktab seluruh malaysia.

borang posting actually dapat mengubah hidup seseorang...basically ubah dari single to married...bujang senang ke kahwin bahagia...dari seorang jadi dua orang...dan ada jugak yang tak kesah posting mana...raaammaaaaiiiii yang taknak posting di sabah dan sarawak..well...ak pn kalo bleh taknak jugak...tapi kalo dah dipostingkan...ikut aje la..tanggungjawab guru mengajar dan mendidik...tak boleh pilih bulu..tak boleh pilih anak murid...so tak kesah pun ak akan dipostingkan ke mana nanti cuma minta-minta dipermudahkan untuk posting di smenanjung..

point ak sbnarnya mende ni jadi dilema sebab ramai yg dh kahwin disebabkan taknak posting jauh2 antara berdua...untuk yang dh disatukan, ak ucapkan barakallahulakuma...semoga bahagia hingga syurga...

skarang ni..yang belom kahwin..nak taknak paling2 pun isi borang posting ni pilihan negeri nk kene sama..ni pendapat ak je...so that possibility utk posting dekat2 lbih besar kot..ak pn x tau..yelah kita usaha aje...slebihnya Allah yg tentukan...

so..yang dh ad pilihan pasangan dan belom berkahwin sbelom isi borang posting kne buat prsediaan fizikal dan mental...kalo fizikalnye of course duit la kot..yg lagi satu tu...mental...kne kuat..sbb lpas ni dh posting skolah lain2...yg blom kahwin mybe ok lagi...tp kalo dh posting bru kahwin..nak kne prepare mental kne kuat...berjauhan dgn pasangan...dan maybe utk beberapa tahun sbb bkn snang nk minta tukar skolah kalo baru dipostingkan..jadi...bile brkahwin slepas posting ni kne bertahan beberapa tahun la utk brjauhan...

ak harap kalo dh jodoh kita berdua, kita dapat brtahan dan kuat dan saling support utk bbrapa tahun awal tempoh kte mengajar nanti..insyaAllah..

sekian..

p/s: skarang ni bukan fikir borang posting aje...borang eg-tukar pun dh start fikir..haha

Sunday, 31 August 2014

obesiti oiii....

assalamualaikum...

obesiti sudah aku ni....adoi..kene jaga makan ni....

okey setelah baca2 website yang menarik, ak dah jumpa tujuh hari punya cara makan yang boleh turunkan berat sebanyak 7 kilogram....7 kilo beb! kalo dua minggu dah 14 kilo....masyukkkk~~hahaha

okey lets see...

Hari pertama: TOTALLY FRUIT DAY

1) makan semua jenis buah untuk hari pertama ni kecuali pisang.
2) minum air 8-12 gelas sehari..air masok, bukan teh ais ye..
3) kalau rasa macam lapar  je...mcm nk makan nasi je..JANGAN..makan buah laaagiii banyak..haha(serius2..)

Hari kedua: TOTALLY SAYUR DAY

1)Makan semua jenis sayur. mentah atau masak tapi kalo masak jgn ambil yg berminyak..kalo berminyak, buat ape makan nak diet kan..
2) sayur yang bagus ialah  cooked beans, raw and cooked carrot, broccoli, cucumber, boiled bottle and ridge gourd, lettuce, boiled cabbage and so on. 
3) hari ini akan "bebear" banyak kali..so be prepared~
4) minum air masok 8-12 gelas sehari.

Hari ketiga: SAYUR + FRESH FRUITS

1) sarapan=buah kecuali pisang
2)lunch= sayur yang tak berminyak
3)petang= buah kecuali pisang
4)dinner= sayur + fresh fruits
5)minum air masok 8-12 gelas sehari

Hari ke-4: PISANG + SUSU SEGAR

1) sarapan= sebiji pisang+segelas susu segar
2) lunch= dua biji pisang+segelas susu segar
3) petang= dua biji pisang
4)dinner= dua biji pisang+segelas susu segar
5) air masok 8-12 gelas sehari

Hari ke-5: NASI+TOMATO(bukan nasi tomato ye)

1) sarapan= 2 biji tomato segar
2) lunch= nasi 1 mangkuk+ 3 biji tomato segar
3) petang= 2 biji tomato segar
4) dinner= 2 biji tomato segar
5) uric acid akan bertambah..so kene tamboh air masok 10-15 gelas hari ni.

Hari ke-6: NASI+SAYUR

1)sarapan= sayur xde minyak
2)lunch= semangkuk nasi + sayur xde minyak
3) dinner= sayur xde minyak
4) makan sayur banyak is equal to "bebear" banyak..so be prepared~
5) minum air masok 8-12 gelas sehari

Hari ke -7 (FINAL..yeay!): NASI+SAYUR+FRESH FRUITS

1) sarapan= sayur+fresh fruits
2) lunch = nasi+sayur+ fruit juice(umpphhh!)
3) dinner= sayur+fresh fruits

done~

fuhh..kalo ikut betol2 ni...bole kurus maaa...haha
cuma bajet untuk makan mcm biasa2 kene tuka untuk beli buah n sayur la plak...

okeh sekian sahaja....harap2 boleh kurangkan sikit berat ni...huiiii

Friday, 11 July 2014

kalo bukan dy,bukan la tu

assalamualaikum..

beberapa minit lagi nk buka puasa ni..sempat lg tulis..huhu

pada satu masa, ak da dpt overcome rasa yg 'mengada' sperti yg dy slalu describe tu drpd menyerang...rasa tenang dan boleh fokus utk bkerja utk Islam..bukan senang nk mncapai tahap mcm tu skali..lagi2 utk org yg lemah mcm ak ni...yg susah utk istiqamah kalo buat something...it was a success to be able to reach to that point...

tp lama kelamaan ianya dirasai lg...bkn sbb lain...sbb yg sama aje...ak x tau dah ak yg lemah atau mmg dorang ni mesra..ak rasa kalo orang yg tak kenal dorang....mesti ckp 'bahagia betol laki bini tu' or 'wah mesranye...ada ap2 ke'..well... ak x kisah pun ap yg orang lain fikir...msalahnye ak pn da tergolong dlm golongan 'orang lain' tu...haishh..

setiap kali dtg rasa ni, stiap kali ak cuba yakinkan diri ak...kalo bukan dy, bukan la tu...ak byangkan mcm mne keadaan ak kalo mmg btol bukan dy...mampu ke x mampu tu len cite la nk mnghadapinye kalo suatu hari mende tu terjadi...ak cuba ckp kt diri sniri " redha je lah...kalo da bukan jodoh...' but its not as easy as said...

apa pun ak masih cuba utk sangka baik....dy pn mmg mesra ngn orang lain...mgkin tu mmg prangai dy ble dgn org len...x dgn ak..
 okeh da dekat nk buka da ni....selamat berbuka puasa semua...

~ gaza sedang diserang peluru,aku diserang perasaan yang remeh temeh ni~ tah pape

Sunday, 20 October 2013

Lagi dilayan, lagi berpenyakit (^^)

assalamualaikum...
 straight to the point..manusia diciptakan dgn akal fikiran, dan juga perasaan...tak kiralah perasaan apa kan...cuma fokus skarang yg mgkin mengganggu fikiran adalah perasaan cinta kpd jantina yg lain...khususnya kpd yg belum nikah...

ya, tak dapat dinafikan lagi perasaan itu mmg dikurniakan oleh Allah utk kita. kita tiada hak utk membunuh perasaan itu...namun, kita jgn lupa kita juga diberi akal fikiran....dan kita mestilah guide akal fikiran itu dgn iman...sama juga dgn perasaan...kene juga kawal dgn. iman..

nak ceritanya kat sini, perasaan tu mmg ada...dan kalo kita rasa perasaan tu akan mengganggu proses dakwah kita, proses membaiki diri kita, senang je cara saya...jgn dilayan perasaan yg khusus tu...sbb pada pndapat saya lagi dilayan, maka akan lagi berserabutlah memikirkan "okeh kita mesti jaga hati kita" dan sebagainya...mmg tu tanggungjawab kita utk menjaga hati...tapi, kene lah betul2 jaga hati...jgn lah jaga hati tu khusus utk. nk jaga antara dua insan sahaja...maksud saya, antara dua insan yg. sama2 sdg ingin menjaga hati...bagaimana pula antara insan2 yg lain di sekeliling kita, sekalipun yg satu gerabak keretapi dakwah kita sekalipun..adakah hanya menjaga antara dua insan sahaja?.dan selepas teguran demi teguran, saya dh mula bertekad..apa tekad saya? taknak bagitahu sbb takut nti x jadi..tapi kita ada akal dan fikiran, kita ada iman....lu fikirlah sendiri...yg penting, jaga hati....

sbenarnya saat saya tulis post ni pun sy sdg melayan secara tak sengaja perasaan tu...tp rasa nk melepaskan apa yg ku fikir..maka ku tulislah..supaya tak berlarutan lagi...

wa akhiron, sudah sudah lah melayan perasaan tu...xkan habis punya sbb dah lumrah....dan juga kita tak boleh membunuh perasaan tu...maka ambik antara dua iaitu jaga...mmg susah...kadang2 terhanyut..tapi usaha kita mestilah supaya kita kembali tak hanyut..tu je yg mampu kita buat..dan kalo dah tak tahan nk melayan perasaan tu, g lah nikah...snang kan...

p/s: belum nk nikah lagi...sbb tu nk menjaga...

Monday, 3 June 2013

assalamualaikum...
cuti sekolah dah bermula..maka jemputan kahwin pun sama naiklah...banyak dan semuanya nak letak hari yang sama..yelah..bukannye sengaje ye dok..

cerite pasal kahwin ni....ada seorang yg amat dekat dgn ak da beriye nak kahwin dah...bagus sangat la tu...aku sokong....takkanlah ak nak halang perkara baik ni kan..dah la nak kahwin....kalah aku...jeles wehh...ahaha

aku puji semangat ko nak kawen...teruskan niat baik tu...dengan kawen ko akan terlepas dari buat maksiat dengan yang bukan mahram...aku pun nak kawen cepat2 supaya tak terjadi maksiat...kawen adalah sesautu yang indah....ko pun tau kan..xyah ak describe lagi...

tapi bro..aku tak berkenan satu la..setelah ko kenal dgn bakal pengantin ko tu...sepatutnya sebagai bakal suami...yang Islam..yang beriman..kenelah jaga bakal bini ko dgn baik...dalam erti kata..jaga bini ko drpd dosa yg mana boleh jadi ko adalah penyebab dia mendapat dosa...ak tak nak hubungan korang yang sebelum kawen ni tak diberkati...jagalah hubungan korang...dengan cara jaga batas pergaulan...ingat...KORANG BUKAN BERGELAR SUAMI ISTERI YANG SAH di sisi syara' lagi...masih belum...jgn berkelakuan macam org yg dah kawen...tolong ye...pesanan ni ak wat kt blog sbb sinilah tmpat aku luahkan perasaan....nak cakap depan2 ak tak pandai...ak harap ko faham ye sahabat...aku nak mahligai yang bakal korang bina ni bebas dosa,bebas maksiat...perkahwinan yang diberkati adalah lebih bahagia...

tapi sapelah ak kan..kalo korang nk ikut...alhamdulillah...tp kalo xnak xpe lah...ak hanya memberikan pndapat aku...aku pun tak perfect lagi..masih dalam usaha untuk menjaga batas pergaulan...harap korang tak terasa hati dengan teguran aku ni..korang masih boleh bertaubat....sama ada sebelum kawen ataupun lebih2 lagilah selepas kawen...bertaubatlah..pesanan utk ak jugak ni...aku doakan jodoh korang berpanjangan hingga ke syurga....aminnn....