Powered By Blogger

Friday 13 January 2012

maaf, tiada siapa pun yang sempurna.

assalamualaikum...
pertama sekali, alhamdulillah kerana masih diberikan peluang untuk bernafas,berjalan,makan,minum dan sebagainya setelah mati untuk sementara waktu iaitu tidur..

nampaknya ni adalah post yang pertama untuk tahun 2012..walaupun da dua minggu berlalu...hehe

ok...post yang pertama tahun baru ni nampaknya tak lah begitu memberangsangkan memandangkan agak sibuk dengan tanggungjawab yang ada di maktab...

bila cerita pasal tanggungjawab,khususnya tanggungjawab di maktab ni, kadang2 aku rasa terbeban,tertekan,tersinggung, dan macam2 lagi ter yang ada selama aku memikul amanah yang diberikan...bukannya aku nak mengeluh di sini,di blog ni....tapi rasanya nak meluahkan sikit la...

semalam, hari terakhir untuk minggu pengurusan pelajar baharu...pelajar baharu kali ni unik sikit...sebabnya, mereka adalah senior yang junior...maksud aku diorang ni da pernah jadi cikgu...dan dah TUA...

bila dah tua ni...aku tak tahu la kan kenapa...tapi memang banyak songeh..banyak sangat complaint...pasal maktab ni la kebanyakannya...aku tak kisah kalau nak complaint tapi cara complaint tu...dengan marah2 nye..membebel lagi (lumrah cikgu tu kot membebel..haha)...dan ada yang menyakitkan hati...

aku tahu aku menaip kat blog ni tak akan mendatangkan apa2 kesan kat diorang...tak akan buat diorang berubah pun tapi sekurangnya aku boleh meluahkan sikit la..kan da cakap tadi~ :p

dan daripada kejadian tu pun aku dapat belajar jugak...belajar cara nak menghadapi orang2 yang...hmm....macam yang aku cakap tadi lah...dah tahu macam mana nak jawab aduan tu...macam mana nak control perasaan kalo kene hentam,kene sembur,kene bebel...ye lah..lumrah cikgu nanti pun akan kene jugak...kene bebel ngan guru besar,kene tuduh,kene fitnah,kene saman(zaman sekarang cikgu nak rotan untuk mendidik pun kene saman..malaysia2..)

konklusinya...aku tak tau apa yang aku taip ni berkaitan tak dengan tajuk post...haha...tapi yang penting pengajaran yang boleh didapati kita kena menghormati orang yang lebih tua daripada kita...memang mereka banyak songeh,banyak bebel dan macam2 lagi tapi aku yakin..mereka pernah jadi cikgu dan aku anggap apa yang aku dapat daripada mereka ni adalah satu nasihat daripada seorang cikgu...walaupun agak pahit untuk menerima cara ajaran mereka ini...

sekian sahaja post yang pertama untuk tahun ni...tak berapa happy nampaknya...insyaAllah hari2 yang mendatang akan lebih gembira dan ceria...(^^,)v

2 comments: